Assalamualaikum..
Salam Ukhwah.
Apabila tiba musim cuti sekolah maka melompatlah adik-adik yang masih bersekolah. Seperti biasa satu minggu pada bulan Mac, dua minggu pada bulan Mei, satu minggu pada bulan Ogos dan yang paling panjang pada bulan November hingga Disember selama sebulan. Begitulah rutin tahunan cuti sekolah. Ada yang berkhatan menandakan bahawa umur sudah matang. Ada yang ke perkhemahan motivasi "summer camp" sebagai persediaan menempun umur matang dan ada melompat berpesta banjir, mandi sungai, main gasing, rempit, main game dan sebagainya. Begitulah senario mereka menikmati umur sebelum matang.
Namun disebalik melompatnya adik-adik kita, abang dan kakak mereka juga tak kurang hebat lompatan mereka. Apa tidaknya, apabila tiba saja cuti sekolah beria-ia melompat untuk melangsungkan pertunangan dan perkahwinan. Sambil mereka terkenangkan masa kanak-kanak mereka, ketika melompat dipadang dan ketika di sungai, kini mereka sedar bahawa cuti sekolah kali ini telah membawa mereka ke satu alam yang baru iaitu alam pertunangan dan perkahwinan.
Pelbagai cabaran yang bakal dihadapi akan menjadikan mereka bertambah matang dalam kehidupan. Maka bermulalah lembaran baru dan bertambahlah tangungjawab mereka. Bertolak-ansur, saling faham-memahami, hormat-menghormati dan menerima seadanya adlah miftah atau kunci dan resepi orang tua kita.
Bagi ibu dan ayah, apabila melepaskan anak mereka ke alam ini, kadang-kadang terlintas "sudah besar rupanya anakku ini' dan kadang-kadang terkenang saat indah mereka mengharungi kenangan ini. Begitulah perasaan ibu dan ayah dengan penuh tanggungjawab melepaskan anak kadang sebak, kadang gembira. Inilah perihal orang berkeluarga.
Ya Allah, Ya Tuhan kami..Satukanlah ati kedua mempelai ini dengan iman, taqwa dan keyakinan kepadaMu. Jadikanlah mereka suami yang soleh memimpin dan isteri yang solehah yang sntiasa membantu. Murahkanlah rezki mereka. Kurniakanlah mereka dengan zuriat yang beriman dan soleh solehah.... Inilah doa yang acapkali dirakamkan didalam kad jemputan perkahwinan.
Sedikit coretan ini aku hadiahkan kepada kakak ku yang baru melangsungkan pertunangan semalam. Semoga ukhwah yang baru dibina ini diberkati dan berkekalan ke akhir hayat. TAHNIAH. Sekalung penghargaan buat Pak Lang dan Pak Njang yang menjadi bapak lurah mewakili baba dan wakil pihak lelaki serta semua yang terlibat didalam majlis semalam.
Tahniah buat "Maisarah Hanim & Zulfadhli". Selamat Bertunag.